Untuk urusetia Kejohanan sukan sekolah

Kejohanan sukan sekolah, dari persediaan hingga keputusan rasmi.

Sediakan rumah sukan, atlet dan setiap Temasya. Guru mengisi markah di padang. Anda meluluskan. Ibu bapa mengikuti keputusan secara langsung.

  • Tidak perlu kad
  • Berfungsi tanpa internet
  • Nama murid dilindungi
  • 20+sekolah telah menggunakannya
  • 9langkah persediaan berpandu
  • 3format laporan rasmi

Antara sekolah yang telah menjalankan Kejohanan dengan Skorboard Sekolah

  • SK Seri Indah
  • SK Batang Merbau
  • SK (LKTP) Keratong 8
  • SK Dato' Demang Hussin
  • SK Desa Aman
  • SK Kg. Soeharto
  • SK Siraj Abdullah Ibnu Abbas
  • SK Nanga Jih
  • SK Kanowit

Kejohanan yang sama. Kerja yang jauh lebih ringan.

Kertas markah, pesanan WhatsApp dan pembesar suara memang berjalan, tetapi memenatkan.

Cara biasa

  • Markah ditulis di atas kertas, kemudian disalin semula ke komputer.
  • Keputusan dihantar satu per satu melalui WhatsApp.
  • Kesilapan hanya dikesan selepas keputusan diumumkan.
  • Ibu bapa menunggu pengumuman pembesar suara.
  • Tiada rekod siapa yang mengubah markah.

Dengan Skorboard Sekolah

  • Guru mengisi markah terus dalam telefon, walaupun tiada internet.
  • Semua markah masuk ke satu senarai kelulusan.
  • Urusetia menyemak dan membetulkan sebelum keputusan menjadi rasmi.
  • Ibu bapa mengikuti kedudukan rumah sukan secara langsung.
  • Setiap perubahan direkodkan bersama sebabnya.

Cara ia berfungsi

Empat langkah, dari minggu persediaan hingga majlis penutup.

Video dimainkan melalui YouTube.
  1. 1

    Sediakan

    Ikut 9 langkah persediaan: profil sekolah, rumah sukan, Temasya, acara, atlet, pemarkahan dan akses guru. Uji dengan simulasi.

  2. 2

    Guru isi markah

    Guru imbas kod QR di padang. Tiada akaun. Markah boleh diisi walaupun tiada internet.

  3. 3

    Anda luluskan

    Setiap markah masuk ke senarai kelulusan. Semak, betulkan jika perlu, kemudian luluskan.

  4. 4

    Keputusan diumumkan

    Papan markah awam dikemas kini untuk ibu bapa. Selepas tamat, muat turun laporan rasmi.

Tiga peranan, satu sistem

Setiap orang hanya melihat apa yang mereka perlukan.

Urusetia

Sediakan, luluskan dan umumkan dari satu tempat.

  • Persediaan 9 langkah dengan senarai semak kesediaan.
  • Luluskan, sunting atau tolak markah dengan sebab.
  • Jeda penghantaran markah jika hujan, kemudian sambung.
  • Buka dan tutup setiap Temasya pada harinya.
  • Muat turun laporan rasmi dan sijil selepas Kejohanan tamat.

Guru di padang

Tiada akaun. Tiada kata laluan. Isi markah, tekan hantar.

  • Imbas kod QR, taip nama dan masukkan PIN 4 digit jika ditetapkan.
  • Tiada internet? Markah disimpan dalam telefon dan dihantar apabila talian pulih.
  • Isi kedudukan terus, atau isi masa dan jarak dan kedudukan disusun sendiri.
  • Tersilap hantar? Tarik balik selagi urusetia belum menyemaknya.

Ibu bapa

Ikuti keputusan dari tepi padang atau dari rumah.

  • Buka pautan atau imbas kod QR. Tidak perlu log masuk.
  • Kedudukan rumah sukan, pungutan pingat, keputusan terkini dan acara seterusnya.
  • Hanya keputusan yang telah diluluskan dipaparkan.
  • Pautan ditutup apabila Kejohanan tamat.

Semua yang Skorboard Sekolah anda perlukan

Dari minggu persediaan hingga laporan akhir, tanpa hamparan dan kertas.

Baharu

Satu Kejohanan, setiap Temasya

Sukantara, Sukaneka, Merentas Desa dan Kejohanan Olahraga dalam satu Kejohanan untuk sepanjang tahun. Setiap Temasya ada tarikh, tempat dan pemarkahan sendiri.

Pilih Temasya yang dikira dalam kedudukan keseluruhan. Lihat kedudukan keseluruhan atau kedudukan bagi setiap Temasya.

Merentas Desa dan Road Run

Susun larian jarak jauh mengikut kategori umur dan jantina. Tetapkan jarak, masa mula dan laluan bagi setiap kategori. Lepaskan semua pelari serentak, mengikut kategori, atau dalam beberapa kumpulan mula.

Kedudukan disusun mengikut masa larian. Pelari yang Tidak Bermula (DNS) atau Tidak Tamat (DNF) ditanda dengan jelas.

Tiada markah rasmi tanpa kelulusan

Setiap markah daripada guru masuk ke senarai kelulusan. Sunting sebelum meluluskan, tolak dengan sebab supaya guru mengisi semula, atau luluskan beberapa acara sekali gus.

Berfungsi tanpa internet

Markah disimpan dalam telefon guru dan dihantar sendiri apabila talian pulih.

Kod QR guru ikut Temasya

Beri guru pautan untuk satu Temasya sahaja. Markah hanya diterima semasa Temasya itu dibuka.

Pemarkahan ikut sekolah anda

Templat MSSM, 3 tempat teratas, atau jadual mata sendiri. Mata lulus Sukantara disokong.

Import dari Excel

Isi templat untuk atlet, acara dan pendaftaran. Kesilapan ditunjukkan baris demi baris sebelum disimpan. Semasa Kejohanan berlangsung, acara masih boleh diimport ke Temasya yang belum bermula.

Baharu

Sudah berlangsung? Rekod keputusannya.

Jalankan Temasya dengan kertas? Selepas tarikhnya berlalu, isi atau tampal kedudukan rumah dari Excel. Mata dikira sendiri, dan kedudukan, analisis serta sijil terus tersedia.

Kongsi pautan atau gambar kedudukan dengan ibu bapa. Pautan kekal dibuka selama 7 hari selepas Kejohanan ditamatkan.

Pembetulan yang direkodkan

Bantahan diterima selepas tamat? Pemilik sekolah boleh membuka semula. Setiap perubahan dan sebabnya disimpan kekal.

Simulasi percuma

Jana keputusan contoh dan lihat carta bergerak. Data ujian dipadam apabila Kejohanan diaktifkan.

Satu skrin pada hari Temasya

Kedudukan semasa, acara belum selesai dan markah menunggu. Buka dan tutup Temasya dari sini. Hujan lebat? Tekan jeda, sambung apabila reda.

Laporan rasmi

PDF sedia cetak dengan kepala surat dan ruang tandatangan, serta sijil atlet dan sijil johan rumah bagi keseluruhan dan setiap Temasya. Versi lama tetap boleh dirujuk.

Rumah sukan anda sendiri

2 hingga 10 rumah sukan dengan warna, lencana atau maskot sendiri. Logo sekolah dipaparkan pada papan markah.

Analisis kejohanan

Pungutan pingat, mata keseluruhan dan mata setiap Temasya, cadangan calon Olahragawan dan Olahragawati, dan kadar penyertaan murid mengikut rumah sukan.

Privasi murid

Murid ialah kanak-kanak. Anda tentukan apa yang dipaparkan.

  • Tetapan asal ialah Rumah Sahaja. Nama murid tidak dihantar ke papan markah awam langsung.
  • Jika memaparkan nama, pengesahan persetujuan ibu bapa direkodkan, dan murid tertentu boleh dikecualikan.
  • Nombor murid, kelas dan jantina tidak pernah dipaparkan kepada umum.
  • Maklumat setiap sekolah diasingkan. Sekolah lain tidak dapat melihatnya.
Baca Dasar Privasi

Satu harga. Tiada pakej, tiada langganan.

Masukkan semua data dan uji secara percuma. Pas Kejohanan diperlukan untuk mengaktifkan Kejohanan, supaya guru boleh mengisi markah, ibu bapa boleh melihat keputusan dan laporan rasmi boleh dikeluarkan.

Mod Persediaan

Percuma

Untuk menyediakan dan menguji. Tiada markah rasmi.

  • Daftar sekolah dan jemput sehingga 3 pentadbir
  • Rumah sukan, Temasya, atlet dan acara
  • Import dari Excel
  • Templat pemarkahan
  • Simulasi dan pratonton papan markah

Perlu Pas Kejohanan

  • Guru mengisi markah di padang
  • Papan markah awam untuk ibu bapa
  • Keputusan rasmi, laporan dan sijil
Mula Percuma

Data anda kekal apabila anda membeli pas.

Soalan lazim

Tidak jumpa jawapan? Hubungi kami di @tecertools di Threads.

Bagaimana jika internet terputus di padang?

Guru masih boleh mengisi dan menghantar markah. Markah disimpan dalam telefon dan dihantar secara automatik apabila talian pulih. Guru juga boleh menyalin keputusan sebagai teks dan menghantarnya kepada urusetia melalui WhatsApp sebagai sandaran.

Adakah nama murid akan tersiar kepada umum?

Tidak, kecuali sekolah memilihnya. Tetapan asal ialah Rumah Sahaja, iaitu hanya nama rumah sukan dan mata dipaparkan. Jika sekolah memilih untuk memaparkan nama, pentadbir perlu mengesahkan persetujuan ibu bapa terlebih dahulu, dan murid tertentu masih boleh dikecualikan. Nombor murid, kelas dan jantina tidak pernah dipaparkan kepada umum.

Perlukah guru membuat akaun?

Tidak. Guru hanya mengimbas kod QR, menaip nama mereka dan memasukkan PIN 4 digit jika urusetia menetapkannya.

Bolehkah kami mencuba dahulu?

Boleh. Daftar sekolah, lengkapkan persediaan dan jalankan simulasi tanpa bayaran. Bayaran hanya diperlukan untuk mengaktifkan Kejohanan sebenar.

Sukantara, Merentas Desa dan Kejohanan Olahraga kami pada tarikh berbeza. Bolehkah semuanya dalam satu?

Boleh. Tambah setiap satu sebagai Temasya dalam Kejohanan yang sama. Setiap Temasya ada tarikh, tempat, akses guru dan pemarkahan sendiri, dan anda memilih Temasya yang dikira dalam kedudukan keseluruhan. Satu pas meliputi semua Temasya dalam tempoh 365 hari.

Temasya kami sudah berlangsung. Bolehkah kami masih menggunakannya?

Boleh. Selepas tarikh Temasya berlalu, pentadbir boleh mengisi atau menampal kedudukan rumah bagi setiap acara dari Excel. Mata dikira sendiri, dan kedudukan, analisis, laporan serta sijil terus tersedia. Selepas Kejohanan ditamatkan, papan markah awam kekal dibuka selama 7 hari untuk dikongsi dengan ibu bapa.

Bagaimana cara membayar?

Bayar RM76 dalam talian dengan kad atau FPX. Satu bayaran memberi akses selama 365 hari. Tiada langganan dan tiada caj automatik.

Bagaimana jika Temasya ditangguhkan kerana hujan?

Tekan jeda di skrin operasi untuk menghentikan penghantaran markah sementara. Jika tempoh pas tamat semasa Temasya sedang dibuka, guru boleh terus menghantar markah selama 24 jam lagi. Selepas itu, anda masih boleh menyemak markah yang telah dihantar dan menamatkan Kejohanan tanpa memperbaharui pas.

Bolehkah keputusan dibetulkan selepas Kejohanan tamat?

Boleh. Pemilik sekolah boleh membuka semula keputusan untuk pembetulan dengan menyatakan sebab. Mata dikira semula dan laporan rasmi versi baharu dijana.

Berapa ramai urusetia boleh menggunakan akaun sekolah?

Sehingga 3 pentadbir bagi setiap sekolah, termasuk pemilik. Bilangan guru di padang tidak dihadkan.

Acara apakah yang disokong?

Acara balapan, lompat, lontar, lari berganti-ganti, Merentas Desa, Road Run dan Sukantara. Sekolah juga boleh menambah jenis acara sendiri. Keputusan Batal (DSQ), Tidak Tamat (DNF), Tidak Bermula (DNS) dan Tiada Catatan (NM) disokong.

Sediakan Kejohanan anda hari ini.

Percuma sehingga anda bersedia untuk bermula.

Cuba Percuma